Search This Blog

Minggu, 13 Februari 2011

PERMATA YANG DI CARI

Indahnya Seorang Wanita

Wanita adalah sebahagian daripada makhluk
ciptaan Allah 'Azza wa jalla yang diciptakan
bertujuan untuk beribadah kepadaNya.

Fitrah seorang wanita, diciptakan Khaliq sebagai pelengkap kepada seorang lelaki.

9 nafsu seorang wanita mencukupi 1 nafsu seorang lelaki.
9 akal seorang lelaki pula melengkapi 1 akal seorang wanita.
Saling memerlukan diantara satu sama lain.

Bukan?

Tahukah anda wanita ini memang diciptakan Allah fitrahnya sangat indah?

Fitrah seorang wanita itu memang indah.
Kerana indah dan cantiknya seorang wanita,
pelbagai analogi tercipta,

wanita dibandingkan keindahannya bagai
si kuntum bunga.

indahnya seorang wanita seperti pula
si rama - rama.

Tiada wanita yang tidak indah,
yang ada hanya mereka yang menafikan ciptaan Allah
yang ada pada dirinya..[yakni wanitalah~]

Telah diterangkan oleh Allah dalam firmanNya,

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”(Ali Imran : 14)

Dinyatakan bahawa wanita ini, di antara kecintaan manusia yang

pertama selain anak-anak, harta benda dan lain – lain.

Wanitalah yang menjadi daya penarik UTAMA manusia.

Kan?
Sebab tu keindahannya ini telah Allah aturkan dengan perintah menutup aurat lantaran kecantikan dan keindahan yang menjadi fitrah wanita ini boleh membinasakan iman manusia.

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.”(Al A’raf : 26)

Betul ke boleh membinasakan iman?Nah! Lihatlah contoh buruk yang banyak diluar sana.

Ramai wanita diganggu kerana keindahannya…

“Hai Nabi katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu dan istri-istri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.”(Al Ahzab : 59)

Bukankah firman dari Maha Pengasih telah mengingatkan golongan wanita ini, agar melabuhkan perhiasannya?

Kerana Allah Maha Tahu, indah seorang wanita itu boleh merosakkan jiwa seseorang yang bukan selayaknya dipamerkan.

“ dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita..”( An Nur : 31)

Namun..hari ini? Keindahan dan perhiasan ini benar – benar menjadi perhiasan dunia.

‘Perhiasan’ percuma yang menjadi tontonan umum. [rasanya sudah berjaya juga kita menerima umpan dari pihak Yahudi yang menjanjikan ‘racun’ yang mana salah satunya melalui iklan, pakaian mahupun hiburan. [wanita lebih banyak monopoli iklan sebegini,jika anda perasan] ]Kan?

Jadi…ana nak tanya anda, benarkah wanita itu perhiasan dunia?

Wanita Itu Bukan Perhiasan

Jika dinilai dan dilihat dari sudut seperti kisah rekaan yang ana nyatakan di awal artikel ini,

sudah tentu ana menafikan bahawa wanita itu adalah perhiasan.

Tidak!

Wanita bukan perhiasan begini.
Bukan perhiasan di kaca televisi
Bukan perhiasan pada media pengiklanan
Bukan perhiasan di laman sosial ataupun internet
Bukan perhiasan yang murah

Bukan..bukan!

Wanita itu sangat mahal harga dirinya.

Tidak pula mudah menjadi ‘umpan’ kepada makhluk alam yang menyaksikan
‘pameran perhiasan’ dari mereka sendiri.

Sebagai wanita, mungkin benar ia menarik perhatian ana.
Tapi jika ana seorang lelaki?

Mungkin tarikannya yang mempesona lebih lebih lagi.

Bolehkah dijamin bahawa pandangan mereka tidak menzahirkan sesuatu?

[hmm..ana pun tak arif menjelaskan, maaf ya.]
Tapi, hakikatnya ana akui memang banyak.

Makin banyak pula yang berlumba lumba mencari wanita yang cantik,
untuk menjadi perhiasan ini.

[alaah..tu kan kerja mereka, yang hang duk sibuk ni pasaipa?]
Maaf sekali lagi. Sekadar pandangan ana yang tidak penting.

Ana cuma tak mahu lagi perhiasan ini menjadi santapan pandangan kaum adam.

Salahkah?

“dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu

berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliyah yang

dahulu dan dirikanlah salat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah

dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan

dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.”(Al Ahzab : 33)

Perhiasan’ Sebenar

“Sebaik – baik 'perhiasan' adalah wanita solehah”[Riwayat Muslim]

Siapakah wanita solehah itu?

Wanita solehah itu adalah muslimah yang dapat

memenuhi 2 syarat penting,iaitu :

1~ Taat pada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah SWT ?

- Mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW

melebihi dari segala-galanya.

- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki
dewasa kecuali ada mahram bersamanya

- Berbuat baik kepada ibu & bapa dan sebagainya.

Selain,

2~ Taat pada suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya
selama suami tiada di rumah

- Sentiasa memelihara diri, kebersihan &
kecantikannya serta rumah tangga dan sebagainya.

Mengapa pula dikatakan 'perhiasan' terbaik

adalah wanita solehah?

Diantara faktor yang dapat ana kongsikan ialah,
kerana wanita solehah itu tidak akan sekali-kali
merendahkan martabat seorang wanita dengan perkara-perkara
yang ana senaraikan di atas tadi.

[astaghfirullah..mari perbaiki diri bersama agar mampu

tingkatan muslimah solehah ini dicapai.mungkin kita
turut tergolong dalam kalangan wanita yang merendahkan
martabat golongannya sendiri..

Antara perkara-perkara yang merendahkan martabat
seorang wanita adalah ;

1) Lupa mengingat Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak,
maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa
dirinya telah lalai dari mengingat Allah.

Dan saat kelalaian ini pada
hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka,

di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.” (Al Jathiah : 23)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.

Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita
ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah
memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama
bergelumang dengan dosa dan noda.

Tidak sedikit yang sanggup
durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.” (Al An'am : 32)

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.

[faktor - faktor ini dipetik sedikit daripada Ciri2 Wanita Solehah ]

Perhiasan dan 'Perhiasan'
indahnya bila menjadi si kuntum bunga yang cantik pada tuannya sahaja.

Apa perbezaan antara 'perhiasan' dan perhiasan?
Anda yang tentukan yang mana satu sebagai pilihan. (=

Wanita solehah adalah wanita yang sukar dimengerti,
biarpun di dunia namanya bukan siulan, namun di langit
jadi bualan..

Wajahnya adalah ketenangan, pandangannya menerbitkan ketulusan..

Kadangkala bisikannya menambahkan semangat perjuangan..

Indahnya wanita solehah bukan buat semua pandangan,
tapi menjadi kerahsiaan pada bakal pasangan..

0 komentar: